Tuesday 7 February 2012

D&A entertainment

Serasi ritma entertainment # PERKHIDMATAN PENGURUSAN MAJLIS / EVENT MANAGEMENT # PA SYSTEM # FOTOGRAFI # KHEMAH # KATERING # PERKHIDMATAN KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PEGURUSAN UNTUK MAJLIS-
MAJLIS PERKAHWINAN / TUNANG / PERASMIAN ACARA / JAMUAN /
PROGRAM / SEMINAR / PRODUCT LAUNCHING / FAMILY DAY /
COMPANY OPEN DAY / SUKANEKA / KARAOKE / MINI GIG / AUTO &
MOTOR SHOW DAN PELBAGAI LAGI.
RINGKASAN SKOP KERJA SYARIKAT KAMI # PERKHIDMATAN PENGURUSAN MAJLIS / EVENT
MANAGEMENT
# PA SYSTEM
# FOTOGRAFI
# KHEMAH
# KATERING
# PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN
# LATIHAN TENAGA PENGAJAR
# PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN
# LANDSKAP & HIASAN DALAMAN
JIKA BERMINAT SILALAH HUBUNGI KAMI UNTUK INFO /
PENERANGAN / SEBUT HARGA / PERBINCANGAN LEBIH LANJUT. BAK
KATA PEPATAH MELAYU, TAK KENAL MAKA TAK CINTA. INSYAALLAH,
KAMI AKAN MEMBERIKAN PERKHIDMATAN DAN SERVIS YANG TERBAIK.
hit counter Jai Hazman View my
complete profile
About Me JAI - 0176678229
BOB - 0176667376
Email -
serasiritma@gmail.com
Hubungi Kami
EVENT CALENDER
Share Report Abuse Next Blog » Create Blog Sign In Page 1 of 24 Serasi Ritma Entertainment
2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/


BOB - 0176667376
Email - serasiritma@gmail.com
Friday, February 3, 2012
Posted by Jai Hazman at 7:46 AM 1 comments
SRE#16 + EVENT - Majlis Perkahwinan - 25 Sep
2011 (Batal)
PA System / DJ / Karaoke Tarikh - 25 Dis 2011
Acara - Majlis Perkahwinan
Lokasi - Greenwood Kuala Lumpur
Pengantin - Saudari Azlin & Pasangan
Tempahan awal telah dibuat. Dukacita, di atas alasan tertentu pihak keluarga
Saudari Azlin telah membatal kan tempahan disaat- saat akhir sebelum
berlangsungnya majlis. Kita merancang tapi tuhan yang menentukan. 
PS: - Selamat pengantin baru di ucap kan moga kekal ke anak cucu, insyallah -
  Dari Kami Krew Serasi Ritma Entertainment Recommend this on Google SRE#15 + EVENT - Majlis Perkahwinan - 4 Dis
2011
PA System / DJ / Karaoke Tarikh - 4 Dis 2011
Acara - Majlis Perkahwinan
Lokasi - Dewan Taman Melati Kuala Lumpur
Pengantin - Saudara Ehsan & Pasangan
Tahniah diucap kan kepada pasangan raja sehari kita. Juga ucapan setinggi
terima kasih kepada pihak keluarga pengantin di atas layanan baik yang
diberikan - 
Dari Kami Krew Serasi Ritma Entertainment. 1 April 2012 - PA System /Karaoke - Majlis Perkahwinan - Pantai Dalam KL
11 Mac 2012 - PA System /Karaoke - Majlis Perkahwinan - Kondo Pantai Dalam KL
3 & 4 Mac 2012 - PA System /Karaoke - Majlis Perkahwinan - Acid & Jaja - Felda Krau, Raub Pahang 25 Dec 2011 - PA System/Karaoke - Majlis Perkahwinan - Azlin - Greenwood KL 4 Dec 2011 - PA System - Majlis Perkahwinan - Ehsan Zainuddin - Dewan Taman Melati KL
11 Sep 2011 - PA System/Karaoke - Majlis Perkahwinan - Azwan & Lidyawati - Dewan MBPJ Seksyen 4 PJ Selangor
▼ 2012 (3)
▼ February (3) SRE#16 + EVENT - Majlis Perkahwinan - 25 Sep 2011 ... SRE#15 + EVENT - Majlis Perkahwinan - 4 Dis 2011 SRE#14 + EVENT - Majlis Perkahwinan - 11 Sep 2011 ►
  2011 ( 13) Blog Archive Blog List Page 2 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

Posted by Jai Hazman at 7:38 AM 0 comments
Recommend this on Google
SRE#14 + EVENT - Majlis Perkahwinan - 11 Sep
2011
PA System / DJ / Karaoke Tarikh - 11 Sep 2011
Acara - Majlis Perkahwinan
Lokasi - Dewan MBPJ Seksyen 4 Petaling Jaya Selangor
ondscene.my Penunggang Kawasaki ER - 6 Maut – Motosikal Terbabas 7 hours ago Bersama Mazidul MAKAN DAGING BUAYA 9 hours ago Blog Serius - Serius Beb! Serius Cool - Jersey Baru Pasukan Bolasepak Brazil (9 Gambar) 10 hours ago The Ramblings Of Not - So-Gegula. #817: SAYA PERLUKAN BODYGUARD. 13 hours ago BONDTHEGREAT TABUNG DANA PEMASANGAN PENGHAWA DINGIN UTK DEWAN SURAU MEKAR DILANCARKAN 4 days ago chedet.co.cc CUTI -CUTI MALAYSIA 5 days ago Silver Sound Entertainment CIRCLE OV FRIENDS PART 4 !! 17 MAC 2012 - OCEAN MELAKA !!! 6 days ago LimaHero Beraya di Kampung 3 months ago Gubahan Hantaran & Cupcake Mamaonlineshop kembali..!!!! 5 months ago Glam Hunny Boutique New stocks coming 6 months ago Perakuan Pendaftaran Page 3 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

Posted by Jai Hazman at 7:37 AM 0 comments
Pengantin - Saudara Azwan & Lydiawati
Tahniah diucap kan kepada pasangan raja sehari kita. Juga ucapan setinggi
terima kasih kepada pihak keluarga pengantin di atas layanan baik yang
diberikan - 
Dari Kami Krew Serasi Ritma Entertainment
PS:- Gambar akan menyusul......
Recommend this on Google
Monday, July 18, 2011
Posted by Jai Hazman at 8:27 PM 0 comments
SRE#13 + INFO - Pelancaran Kad Perniagaan SRE Rekaan kad perniagaan syarikat.
Muka hadapan
Muka belakang
Recommend this on Google
Syarikat
Recent Comments
Page 4 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

Thursday, July 14, 2011 SRE#12 + TIPS + Kemahiran Pengendali Acara &
Juruhebah / MC
KEMAHIRAN MENGENDALIKAN MAJLIS Sekali - sekala anda ditonjolkan untuk mara ke hadapan mengendalikan sesuatu
majlis. Apa tindakan anda? Menolak dengan pelbagai alasan? Atau terus
menghilangkan diri dan tak muncul - muncul lagi!
Hakikatnya apabila anda disuarakan untuk mengendalikan sesuatu majlis,
maknanya orang telah mula memberi kepercayaan kepada anda. Anda harus
sahut cabaran itu dan buat yang terbaik.
Inilah masanya anda membangunkan diri dan potensi anda di tengah
masyarakat. Orang mula menghargai peranan anda atau kehadiran anda di
tengah masyarakat. Anda seorang yang berpotensi.
PERANAN SEORANG PENGACARA & URUHEBAH MAJLIS (MC) - Kawal majlis dengan baik dan bijaksana.
- Pastikan semua orang dapat mendengar percakapan anda dengan jelas.
- Jangan cakap laju sangat, perlahan - lahan 
(step-by-step). - Jangan cakap perkara yang anda tidak mahir atau anda tidak pasti.
- Pandang muka semua orang dari kiri ke kanan, dari hadapan ke belakang
majlis.
- Jangan menyentuh perasan sensitif yang tidak disenangi orang ramai.
- Pelbagaikan intonasi suara anda.
- Cakap perkara yang ringan dan sekali - sekali boleh buat jenaka ringan untuk
mengurangkan ketegangan dan kebosanan pendengar.
- Tepati masa. Jangan meleret - leret.
- Beri ucapan penghargaan kepada pihak yang telah berbuat sesuatu kebaikan.
PENGUCAPAN AWAM  (PUBLIC SPEAKING) Untuk mengendalikan sesuatu majlis dengan baik anda hendaklah berlatih
teknik pengucapan awam
(public speaking atau  khitobah) . Ciri - ciri pengucapan
awam yang baik:
- Mudah difahami pendengar. 
- Menggunakan bahasa yang mudah dan teratur.
sumber - google image
Page 5 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

Posted by Jai Hazman at 1:54 AM 0 comments
- Bercakap lancar dan bukannya membaca catatan atau teks.
- Intonasi atau tinggi rendah suara yang menarik.
- Direct to the point.  Tidak meleret- leret.  
- Isi bernas dan padat.
- Suara jelas.
- Menggunakan sistem siaraya yang baik dan jelas.
- Ada perhubungan harmoni dua hala antara penceramah dan pendengar.
- Pendengar tidak diasak untuk menerima sebaliknya pendengar menerima
ucapan dengan rela hati.
- Diselang - seli dengan rencah yang merehatkan penerimaan pendengar seperti
bahan jenaka, cerita, pantun, nyanyian dan sebagainya.
- Ada aliran cerita dan bukannya khutbah semata - mata.
KESIMPULAN Majlis adalah medan atau gelanggang komunikasi pelbagai pihak untuk
mendapatkan maklumat dan merapatkan silaturahim. Untuk mendapat kesan
yang optimum, etika atau adab di dalam majlis harus dijaga dan kemahiran
mengendalikan majlis tersebut harus ditingkatkan termasuk meningkatkan
kemahiran berkomunikasi antara ahli.
sumber -  telagabiru.net.my Recommend this on Google SRE#11 + TIPS + Etika Dalam Majlis Walaupun anda seorang pelajar namun anda sering menghadiri pelbagai jenis
acara, majlis dan program, sama ada yang rasmi atau tidak rasmi. Namun
ramai pelajar yang segan dan malu berada dalam majlis. Kalau boleh biarlah
berada di barisan belakang sekali. Kalau ada tiang atau tembok mahu rasanya
berlindung di sebaliknya.
Kadang - kadang anda mengambil tempat di tepi pintu belakang sekali supaya
senang melarikan diri tanpa diperhatikan orang. Anda seolah - olah menjadi
seorang cacat yang serba kekurangan. Pada ketika lain anda merasa kekok
berada di dalam sesuatu majlis. Ada ketikanya anda berasa “out of place ”
( berasa diri berada dalam majlis yang salah).
Mengapa terjadi demikian? Ini adalah kerana anda tidak melatih diri anda atau
menambah pengetahuan anda dengan etika dalam majlis atau kemahiran
sumber - google image
Page 6 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

mengendalikan sesuatu majlis. ADAB MASUK KE DALAM MAJLIS - Masuklah melalui pintu hadapan.
- Berjalanlah dengan tegap, jangan teragak- agak.
- Mulakan dengan salam jika majlis belum bermula. Tidak perlu memberi salam
jika majlis sedang berlangsung sebaliknya masuklah dengan senyap supaya
majlis tidak terganggu.
- Jangan mengasak- asak, melanggar atau melangkah - langkah orang yang
telah duduk terlebih dahulu.
- Bersalamanlah dengan orang bersebelahan yang berhampiran. Bersalamlah
dan tegur menegur dengan semua orang jika majlis belum bermula.
- Cari tempat duduk yang sesuai. Duduklah dengan tenang dan berbuallah
dengan teratur.
ADAB KETIKA MAJLIS SEDANG BERLANGSUNG - Jangan banyak menoleh ke kiri, ke kanan dan ke belakang. 
- Jangan berdiri di tengah - tengah kumpulan orang yang duduk.
- Ikuti agenda yang sedang berlangsung dengan penuh perhatian. 
- Jangan bercakap yang boleh mengganggu konsentrasi orang lain (juga
konsentrasi anda sendiri).
- Dengar percakapan dan mesej yang cuba disampaikan dalam majlis dengan
baik dan teliti.
- Elakkan dari menunjukkan kekaguman yang berlebihan 
(over acting) terhadap seseorang.
- Elakkan dari menyuruh seseorang mengulangi perbicaraannya.
- Tutup telefon bimbit.
- Jangan memberi isyarat tubuh yang anda tidak suka kepada majlis tersebut.
AKSI GANJIL YANG BURUK DI DALAM MAJLIS - Tertawa berdekah - dekah. Anda memadai tersenyum sahaja. Rasulullah s.a.w.
hanya tersenyum dan tidak tertawa berdekah - dekah.
- Mengorek hidung, telinga atau gigi.
- Berludah, menghembus hingus atau berkahak.
- Terkentut sama ada berbunyi atau tidak.
- Mengeliat dan menguap. Lebih teruk lagi jika anda mengeluarkan suara. 
- Meniru - niru cara kaum wanita bergaya, berjalan atau berhias.
- Menggesa orang lain mendapatkan sesuatu keperluan untuk diri sendiri.
TAJUK PERBUALAN YANG DILARANG Page 7 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

- Bercakap dengan angkuh.
- Tajuk yang mudah menyinggung perasaan para hadirin.
- Memuji dan berbangga dengan keistimewaan dan kecemerlangan anak- anak
sendiri secara berlebihan.
- Keterlaluan dalam memperkatakan hasil ciptaan dan keistimewaan diri sendiri.
- Jangan merendah diri dalam majlis sampai tahap menghina diri sendiri
sebaliknya bersikap sederhanalah.
KELAKUAN YANG TIDAK DISENANGI - Resah gelisah apabila duduk dalam majlis seperti kata pepatah
Melayu, “Seperti kera kena belacan. ” 
- Mengurut- ngurut janggut, mengusap - usap cincin atau mematah - matah dan
menyelang - selikan jari.
- Menguap, bersin, meludah, berkahak atau membersihkan hingus
berhampiran dengan orang lain. Palinglah ke belakang dan meludah di tempat
yang sesuai.
PERGAULAN - Ikut peraturan memisahkan tempat duduk tetamu lelaki dengan tetamu
perempuan.
- Jangan cuba bergurau senda dengan tetamu istimewa, VIP, VVIP, alim ulama
dan orang bijak pandai. Jika perlu gunakan perkataan gurauan sepintas lalu.
Itu sudah memadai untuk menceriakan suasana.
- Jangan membuat lawak yang menyebabkan orang lain ketawa berdekah -
dekah.
- Jangan bermain - main dengan orang yang kurang akal dan kanak- kanak kecil
yang belum mumaiyiz atau belum baligh.
PERKARA MENYALAHI SYARIAT - Pergaulan bebas yang berlainan jantina.
- Terdapat maksiat seperti minuman yang memabukkan dan perbuatan yang
bersifat pemujaan jin atau syaitan.
- Mendorong orang lain melakukan kezaliman dan penganiayaan sesama
manusia.
- Sengaja mewujudkan selisih faham antara dua pihak.
- Menganggap harta kekayaan itu lebih mulia daripada harga diri.
MENGAWAL DIRI DALAM MAJLIS - Jangan hilang kawalan diri dan kawalan emosi seperti menangis, melolong,
marah, berang, memekik, memaki hamun atau  mengamuk. 
- Jika anda hilang kawalan diri seketika, segeralah bertenang. Jangan
mengambil tindakan melulu atau bertindak mengikut nafsu. Hentikan
perbicaraan. 
- Apabila telah reda baharulah berbicara semula. 
- Jauhi sikap keras hati.
- Jangan pentingkan diri sendiri atau kroni (kumpulan).
MAJLIS YANG MELALAIKAN Suatu ketika anda terkepung dalam sebuah majlis yang melalaikan. Apa yang
dimaksudkan dengan majlis yang melalaikan? Antara ciri - ciri majlis yang
melalaikan:
- Banyak perbualan kosong.
- Membazir masa.
- Membawa kepada kelalaian. 
- Mengadu domba.
- Mengumpat.
Page 8 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

Posted by Jai Hazman at 1:51 AM 0 comments
- Memfitnah.
- Meninggalkan waktu solat.
- Bercampur gaul dengan agenda maksiat. Terdapat ciri menzalimi orang lain,
maka hendaklah minta izin untuk beredar sambil beristighfar dan berzikir.
sumber -  telagabiru.net.my Recommend this on Google
Wednesday, July 13, 2011
SRE#10+ INFO + Powered PA Speakers: Who
Needs An Amplifier!!
Amplifiers have become more an more expensive every day. In number of cases,
when PA systems are deployed a huge part of money goes only into purchase of
amplifiers. Powered PA speakers have been introduced considering the fact that
PA systems might not require the amplification offered by an amplifier in some
cases.
Powered PA speakers are different from other speakers because they do not
require a separate amplifier be deployed with the PA system. Rather these
speakers have on board amplification sub systems. These speakers can take
signals directly from the audio input device, like a microphone or from the audio
mixer. Thus the need of amplifiers can be circumvented when the PA system is
deployed.
The powered PA speakers require an external power source as opposed to the
passive speakers which do not require to be hooked on to a wall outlet. The
main reason for this of course is that even though the loudspeaker might not
need the power itself, there is the amplifier and a number of other on board
subsystems which require power to be sent to them.
sumber - google image
Page 9 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

Posted by Jai Hazman at 6:12 PM 0 comments
In order to ensure that bad Signal to Noise Ratio, Distortion and Noise do not
ruin the sound quality, the powered PA speakers also have audio crossovers built
in so that noise can be separated from signal. The audio crossovers in a powered
PA speaker may either be active or passive. It depends on the price you are
ready to pay for the speaker.
Another important benefit of powered PA speakers is that they have on board
subsystems for slew reduction. The length of cable that connects the PA
speakers to the audio source device can lead to degradation of sound quality due
to slew. The powered PA speakers have special gadgetry which helps in slew
reduction. This provides better sound quality.
Line noise is another common problem faced by PA systems. The powered PA
speakers have an ability to remove line noise and they recover sound quality to
a certain extent. Some powered PA speakers have have specially arranged line
inputs which are designed in such a manner that they can only accept the signal
balanced to the line input. This means that it will ignore other signals (noise).
UHF signals are also being used in some speakers for this.
With powered PA systems, it becomes much easier to deploy the PA system
because an entire component and lot of cable work need not be done.
Powered PA speakers are manufactured by a number of companies. The premier
companies that manufacture powered speakers are Phonic and DB Technologies.
You can find their products in retail outlets and you can also order them online
The main benefit of purchasing powered PA speakers online is that lucrative
discounts are available.
sumber: pasystemworld.com Recommend this on Google
Tuesday, July 12, 2011
SRE#9 + INFO + Maksud Perkahwinan sumber -google image. Page 10 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

Pengenalan  Mengikut adat resam bangsa Melayu, majlis perkahwinan diambil berat
sepenuhnya. Kepada bangsa Melayu, majlis perkahwinan adalah
peristiwa yang amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada
pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahli - ahli keluarga serta
sahabat handai yang rapat.
Adat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk aspek- aspek merisik,
meminang, bertunang, penghantaran belanja, majlis bersanding
seharusnya yang paling hebat peristiwanya. Mengikut adat silam dari
segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat- adat berkaitan dengan
berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam
perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding.
Di masa silam, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yang
dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi
anak masing - masing. Biasanya apabila ibu bapa merasai anak lelaki
sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk
memilih gadis yang sesuai. Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara -
mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkan dengan anak
lelaki mereka.
Perkahwinan dari Perspektif Islam Secara Ringkas Sesungguhnya, agama Islam menggalakkan setiap insan yang sempurna
dan berkemampuan untuk mendirikan rumahtangga demi menjaga
keharmonian masyarakat. Perkahwinan dapat memelihara seseorang
daripada zina. Perkahwinan juga dapat menambah umat dan memelihara
nasab keturunan. Ia telah menjadi sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Islam telah menggariskan sekitar empat ciri utama pemilihan bakal isteri
dan suami. Pertama carilah yang cantik rupa parasnya. Kedua, carilah
yang mempunyai harta. Ketiga carilah yang baik keturunannya dan
keempat, carilah yang beriman. Di antara keempat- empat ciri ini, yang
beriman perlu diutamakan.
Kebiasaannya, setiap lelaki dan perempuan akan tertarik kepada rupa
paras sebelum memikirkan hal - hal lain. Inilah lumrah semula jadi
manusia. Bagi pihak orang tua pula, mereka kerap kali memikirkan
tentang asal usul dan kewangan bakal menantu. Jarang sekali soal iman
dititikberatkan.
Sesungguhnya anjuran Islam ada fadhilatnya. Rupa paras dan harta
benda tidak kekal lama. Tetapi iman yang dipupuk dalam hati nurani
mampu bertahan walaupun jasad telah dimamah usia. Orang yang
beriman lebih tulus hatinya, lebih kuat sabarnya dan lebih mulia tingkah
lakunya.
Secara umumnya, sebelum pasangan teruna dara bernikah, segalanya
dipandang manis. Kelakuan yang tidak baik biasanya dipendam sedalam -
dalamnya. Si teruna tidak mengetahui keburukan si dara dan sebaliknya.
Semuanya nampak cantik kerana adanya orang ketiga yang sentiasa di
samping iaitu syaitan. Tetapi setelah bernikah, apabila syaitan
Page 11 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

menjauhkan diri, mereka mula nampak peri laku sebenar masing -
masing. Maka pada ketika ini, bermacam - macam masalah mula timbul.
Itu tak kena, ini tak kena. Akhirnya mahligai bahagia menjadi neraka.
Namun begitu, bagi orang yang beriman, segala kerenah dihadapi
dengan sabar. Di sinilah kelebihan iman. Sebab itu, Islam menggalakkan
anda memilih pasangan yang beriman sebagai kriteria utama pemilihan
pasangan hidup agar mahligai bahagia kekal sentosa selamanya
Prosedur Perkahwinan Perkara maha penting sebelum anda menyediakan persiapan
perkahwinan ialah memastikan anda telah mendapat kelulusan untuk
berkahwin daripada Jabatan Agama kawasan anda, contoh: JAWI, JAIS,
MAIK dan sebagainya. Tapi sebelum anda membuat permohonan untuk
berkahwin, ada beberapa prosedur yang mesti diikuti.
1. Kursus Perkahwinan - Ada dua jenis kursus perkahwinan iaitu kursus
yang dikendalikan oleh Jabatan Agama dan kursus oleh pihak swasta.
Walaupun kedua - dua kursus ini hampir serupa tetapi anda dinasihatkan
supaya mengambil kursus yang dikendalikan oleh Jabatan Agama kerana
ia mungkin memudahkan langkah seterusnya. Bakal pengantin yang
mengambil kursus swasta mungkin ditemu duga oleh Jabatan Agama
ketika membuat permohonan berkahwin. Anda dinasihatkan pergi
berkursus bersama - sama pasangan anda agar segala maklumat dan ilmu
dapat dimengerti bersama. Apabila selesai berkursus yang biasanya
mengambil masa dua hari, anda akan menerima Sijil Tamat Kursus yang
boleh diambil di Jabatan Agama. Sijil ini sah sampai bila - bila.
2. Setelah menerima sijil, anda bolehlah mengisi borang permohonan
berkahwin yang boleh didapati dari pejabat Jabatan Agama daerah anda
mengikut kad pengenalan. Isikan lengkap dan sertakan bersama surat
akuan bujang yang dimateri dengan cap syarikat tempat anda bekerja.
Kemudian dapatkan tandatangan jurunikah atau wakil jurunikah atau
ketua kariah tempat anda. Bawa bersama dua orang saksi semasa anda
mendapatkan tandatangannya.
3. Serahkan borang yang telah lengkap kepada bakal pengantin
perempuan. Pengantin perempuan juga perlu mengisi borang
permohonan bernikah. Mereka hendaklah memohon di Jabatan Agama
mengikut alamat dalam kad pengenalan. Selain dilampirkan dengan
surat akuan bujang dan borang permohonan pengantin lelaki, pengantin
perempuan perlu membawa bersama wali dan dua orang saksi ke
pejabat Jabatan Agama ketika menyerahkan borang yang lengkap diisi.
Bagi pengantin yang akan bernikah di tempat lain, mereka perlu merujuk
pula kepada Jabatan Agama tempat tersebut.
4. Setelah kelulusan didapati, sila tetapkan tarikh akad nikah dengan
jurunikah.
5. Setelah akad nikah dijalankan, sila serahkan gambar untuk urusan
memohon sijil dan kad nikah
KEPELBAGAIAN Di dalam majlis- majlis perkahwinan sama ada dari segi adat pepatih
mahupun adat temenggung, aktiviti - aktiviti seperti menggubah hantaran
Page 12 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

Posted by Jai Hazman at 12:12 AM 0 comments
perkahwinan, mengandam, kompang, silat dilakukan sebelum dan
semasa majlis perkahwinan dilaksanakan.
Di sini, kami menyediakan maklumat tentang perkara - perkara yang
biasa dilaksanakan sebelum dan semasa majlis perkahwinan dijalankan.
Recommend this on Google
Monday, July 11, 2011
Posted by Jai Hazman at 11:45 PM 0 comments
SRE#8 + INFO - Logo Rasmi SRE Setelah perbincangan dibuat, team SRE telah bersetuju dengan rekaan logo
syarikat.
LOGO KORPORAT
LOGO KOMERSIAL
Recommend this on Google
Page 13 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

Thursday, July 7, 2011 SRE#7 + INFO - Apakah Itu PA System WHAT IS A PA SYSTEM??
A public address system or PA system is a combination of a set of audio
equipment that allows broadcasts over a designated area. Often found in
schools, shopping complex and office buildings, PA systems can be used for
announcements or emergency information and provide a simple way to get
information out quickly. PA systems can be basic or advanced, and can be
adapted to fit a variety of need
Basic PA systems are comprised of loudspeakers placed in convenient locations
around the broadcasting area, an amplifier to increase the sound, and a mixer,
which allows variation in sound levels. The user speaks into a microphone, and
the sound is transmitted through connected cables to the area surrounding the
speakers. Some systems also include microphones or intercoms near the
speaker locations, allowing the listener to reply to the central location, although
not to the entire system.
PA SYSTEM LAYOUT
Page 14 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

COMPLETE BASIC PA SYSTEM
Large - scale PA systems are used to amplify sound for concerts or theater
productions. Often called sound reinforcement or SR systems, these versions
are much more complex than the simple ones found in schools and offices.
SR systems frequently use a dual broadcast system, projecting the sound
from the stage into the audience, and also into backstage monitors that keep
any off- sta g e personel informed of what is happening on stage. These
systems may have dozens of microphones feeding into them, and may need
several technicians to operate correctly.
Page 15 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

Posted by Jai Hazman at 2:39 AM 0 comments
A simple and portable PA system is still far from inexpensive, typically beginning
at around RM1500 - RM3000. This type of public announcement system will
provide you with extremely limited broadcasting range, often only a single
speaker. More advanced versions increase in price considerably, with RM5000 -
RM15000 easily within the normal range for a basic system, especially when
considering the necessary cords and adaptors. Clearly, purchasing a PA system
is a serious investment, and you should consider doing a lot of comparison
shopping before deciding what to purchase.
Recommend this on Google
Monday, June 27, 2011
SRE#6 + INFO - SRE Official Meeting (UPDATE!) SRE Team akan mengadakan perjumpaan rasmi dalam masa yang terdekat.
Antara perkara utama yang mungkin akan dibincang kan adalah : -
- Hala tuju syarikat
- Peranan dan tugas- tugas setiap ahli
- Perancangan teliti perniagaan untuk tahun 2011 - 2012
Venue / lokasi akan di beritahu kemudian.
UPDATE! - Meeting telah berjalan dengan lancar pada 1 Julai 2011, jam 9.30 
  Malam.
- Beberapa hal dibincang kan dan mencapai beberapa kata putus.
- Halatuju syarikat lebih jelas dan mantap.
- Perancangan, cadangan dan idea telah dibentangkan dan mencapai
  persetujuan
- Logo syarikat dalam proses rekaan, dan akan diguna pakai secara rasmi tidak 
  lama lagi.
- Suntikan modal pertama telah disalurkan untuk membeli aset /
Page 16 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

Posted by Jai Hazman at 11:41 PM 0 comments
  kelengkapan (PA Sistem).
Recommend this on Google SRE#5 + IMPIAN - Bahagian 1 The picture speaks itself....... Page 17 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

Posted by Jai Hazman at 9:47 PM 0 comments
 
Recommend this on Google
SRE#4 + INFO - Pengenalan Teknologi Audio
Visual.
Teknologi audio-visual
Pengenalan
Jika anda menonton wayang zaman Charlie Chaplin anda akan merasa puas
dengan hanya melihat visual sahaja tanpa audio. Gerakan lucu Charlie Chaplin
sudah cukup memikat hati penonton. Kalau nak tahu dialog pelakun, anda
baca sahaja teks yang dipaparkan. Apabila tekonologi bunyi diperkenalkan
barulah penonton dapat mendengar suara. Itupun bunyi yang hanya yang
tidak mempunyai kualiti serta dalam bentuk mono. Teknologi berubah dan
Page 18 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

sistem bunyi Hi - Fi (High Fidelity) diperkenalkan. Dengan sistem bunyi hi -fi
anda terhibur dengan keenakan atau kemerduan bunyinya. Kalau istilah
penggemar muzik "bunyi sebiji - sebiji". Dengan sistem hi - fi juga hampir semua
instrument yang direkodkan akan dapat dikeluarkan semula melalui corong
pembesar suara.
Apabila sistem hi -fi stereo diperkenalkan, dengan mempunyai set yang
berkualiti pendengar seolah - olah berada dalam dewan konsert. Dari sinilah
para penggemar muzik betul - betul dapat menghayati kemerduan dari
peralatan yang canggih. Bukan sahaja pendengar dapat mendengarnya dari
kaset atau piring hitam malah siaran - siaran radio pun telah mengalami
evolusi. Dari hanya siaran yang dikira boleh setakat dengar sahaja tanpa
mangambil kira kualiti kepada penerimaan siaran berbentuk hi - fi dan
seterusnya hi -fi stereo. Masakini Astro telah memulakan penggunaan teknologi
digital sepenuhnya untuk 20 siaran radio dan TV. Walau pun punca asalnya
(source) adalah analog, ia didigitaizkan kepada digital signal dan dipancarkkan
melalui MEASAT keseluruh Asia. Kalau anda penggemar kualiti audio visual
anda tentu tidak akan melepaskan peluang melanggan walaupun mahal.
Seperkara lagi yang patut dirakamkam dalam lipatan sejarah audio - visual
ialah jenis-jenis peralatan main balik (playback) seperti piring hitam, catridge,
cassette (tape), CD (Coppact Disk), Laser Disk dan terbaru DVD (Digital Video
Disk). Ada diantaranya telah pupus dan generasi hari ini tidak dapat melihat
lagi macam mana bentuknya seperti cartidge dan piring hitam.
Sistem bunyi keliling (Surround) Page 19 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

    Terdapat beberapa nama terkenal dalam persada bunyi keliling. Jika anda
peminat stereo atau biasa ke pawagam anda telah biasa melihat logo - logo
hakcipta pengeluar bunyi keliling seperti:
Dolby Anda mungkin telah mula mengenali Dolby Stereo bila membeli CD atau kaset
dan juga Dolby Digital - bila membeli laser disk, DVD, VCD atau mengunjungi
pawagam. Adakah ini teknologi baru?.
Beberapa tahun yang lalu Dolby Laboratories telah menamakan Dolby Digital
merujuk kepada sistem digital yang baru ini di dalam industri filem dan teater,
dan dalam masa yang sama telah menamakan Dolby Surround AC - 3 merujuk
kepada pemasaran sistem  "home theatre". Secara praktik kedua - duanya
(sistem pawagam dan home theater application) adalah dari variasi asas
teknologi yang sama (sedikit berbeza dalam data rate). Jadi untuk
meminimakan kemungkinan kekeliruan dikalangan konsumer, syarikat Dolby
telah mengambil keputusan bahawa konsumer Dolby yang
menggunakan "multichannel digital format" akan dikenali dalam nama yang
sama sebagaimana yang digunakan di dalam industri filem dan  teater iaitu
Dolby Digital.
Format Dolby Surround dan Dolby Pro Logic adalah berasaskan kepada
teknologi analog matrix.  Sementara generasi terkini  laserdisc dan juga juga 
format baru seperti yang digunakan oleh Dolby Digital ke atas Digital
Video/versatile Discs (DVD) dan high definition television (HDTV), syarikat
Dolby akan merujuk kepada  Dolby Digital, sepertimana yang digunakan untuk
pengeluaran filem.
Dolby Surround Pro Logic,  Dolby Digital (AC - 3) dan Dolby "5.1" Dolby Digital menghasilkan enam saluran audio berasingan (discrete). Seperti Dolby Dolby AC3, Dolby
Stereo, Dolby
Prologic, Dolby
Digital etc
THX THX
diperkenalkan
oleh Lucas Studio
dan bekerjasama
dengan lain
surround
production
seperti Dolby
dts dts atau Digital
Theater System
adalah sistem
surround yang
baru
diperkenalkan
dan
berkonsepkan 5.1
seperti Dolby
Digital
Page 20 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

Dolby Surround Pro Logic, ianya termasuk saluran  kiri, tengah dan kanan
merintangi ketengah ruang. Dolby Surround Pro Logic mengeluarkan hanya
satu saluran (channel) keliling yang mengandungi bandwidth yang terhad (100
Hz hingga 7,000 Hz) di mana biasanya khusus untuk main - balik ( played back)
dirumah melalui 2 channel amplifier yang menggunakan 2 speaker.
Berbeza dengan Dolby Digital, ia  menghasilhan saluran bunyi berasingan
(discrete) surround  kiri dan  surround kanan,  dengan frequensi semua 5
saluran  utama adalah "full range" (3 Hz hingga 20,000 Hz). Satu subwoofer
boleh ditambah jika diperlukan  Saluran keenam ialah,  saluran untuk "Low
Frequency Effects" (LFE), yang pada masa - masa tertentu,
mengandungi "additional bass information" bagi memaksimakan "the impact"
kepada scene seperti letupan, pelanggaran, dsb.  Saluran (channel) ini
mempunyai satu " frequency response" yang terhad (3 Hz hingga 120 Hz), dan
juga dipanggil sebagai saluran ".1". Bila ditambah dengan "5 full range
channels" sistem Dolby Digital dipanggil juga dengan nama "5.1" channel.
Kesemua saluran dalam satu sistem Dolby Digital adalah berbentuk digital, ini
bermakna semua saluran boleh dipindah tanpa kehilangan data asal (loss)
daripada  "mixing console" producer kepada sistem  "home theater playback"
anda.
Perkakasan Dolby Digital Jika anda baru dalam bidang pemasangan "home theater", anda mempunyai
bernagai pilihan untuk membeli satu laserdisk player (LD player) tunggal atau
atau LD player yang dikembarkan dengan Video CD player   yang banyak
terdapat dipasaran di Malaysia denagn berbagai jenama popular, atau anda
mahukan yang terbaru iaitu Digital Video Disk (DVD) player juga amplifier dan
speaker yang sesuai untuk Dolby Pro Logic atau Dolby Digital. Biasanya LD
atau DVD mempunyai Dolby Digital RF signal output (yang menghasilkan
Dolby AC - 3 data stream). Komponen utama yang perlu ditambah ialah Dolby
Digital demodulator/decoder (untuk decoding  AC - 3 data stream semasa main -
balik - playback). Decoder atau processor untuk decode semula signal dari LD
atau DVD ini juga boleh didapati di pasaran dengan pilihan samada berkembar
dengan ammplifier atau berasingan. Gambarajah 1 menunjukkan bagaimana
kedudukan pemasangan sistem surround biasanya dibuat untuk "home
teater". Menambah satu lagi subwoofer adalah lebih baik ataupun memasang
subwoofer pada setiap saluran adalah atas citarasa anda. Tetapi jika anda
berasa sukar untuk memasang dan menyesuaikan yang mana pilihan set yang
terbaik, lebih baik anda membeli yang telah siap dipasaran seperti jenama
Kenwood, Sony, dan lain - lain  yang mempunyai set LD dan amplifier yang
Page 21 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

mempunyai decoder AC3 bina dalam serta 5 speaker dengan pilihan subwoofer
atau set - set Dolby Digital Processor Sound System, amplifier untuk saluran
5.1 dan 5 speaker.
Berbagai format Dolby Digital yang terdapat dipasaran seperti:
High Definition Television (HDTV)
Direct Broadcast Satellite (DBS) systems
Digital Cable TV systems
The Digital Video Disc (DVD)
Lain -lain format
seperti Digital Video Cassette (DVC) dan Digital Audio
Broadcast (DAB)
SECARA TEKNIKALnya Dolby Digital boleh memproses sekurang - kurangnya:
20 - bit dynamic range digital audio signal  melalui  lingkungan frequency dari
20 Hz ke  20,000 Hz ± 0.5 dB ( - 3 dB at 3 Hz dan 20,300 Hz).
Saluran bass effects merangkumi 20 to 120 Hz ± 0.5 dB ( - 3 dB at 3 and 121
Hz)
Sampling rates  menyokong 32, 44.1 and 48 kHz
Data rates range dari serendah 32 kb/s untuk satu saluran mono tunggal 
kepada keparas 640 kb/s, merangkumi a wide range of requirement.
Typical applications include 384 kb/s for 5.1 channel Dolby Digital consumer
formats, and 192 kb/s for two - channel audio distribution.
THX (Digital Theatre  System )
THX Sound System telah dibangun dan diperkenalkan dalam tahun 1982
semasa menghasilkan filem Star Wars, Return of the Jedi. Ia adalah hasil
Inspirasi George Lucas dalam usaha mempertingkatkan cara persembahan
mutu industri film. 
 Pengarah teknikal Lucasfilm Corporate, Tomlinson Holman, mula
mengenalpasti masaalah berkaitan dengan bunyi sistem pawagam. Holman
mendapati penonton tidak dapat mendengar apa yang telah direkodkan dalam
filem studio dan kebanyakan bunyi - bunyi efek tertentu didapati lenyap. Beliau
akhirnya mencapai satu hasil yang inovatif iaitu mengabungkan mutu
performance yang sediada kepada satu sistem baru yang tersdiri dari "theatre
acoustic" juga peralatan bunyi. THX (dinamakan sempena nama  filem feature
pertama George Lucas yang bertajuk, THX 1138).
Page 22 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

THX Sound System adalah satu - satunya sistem sepertinya yang mengambil
kira segala aspek dalam satu - satu perfomance audio & visual, yang terdiri dari
sistem arkitek, sistem akoustik dan peralatan(equipment). Sistem ini telah
direka sedemikian rupa terutama untuk menyesuaikan dengan kecangihan
yang dihasikan oleh Dolby Laboratories dalam "decoding" bunyi ke
dalam "sound track" yang menumpukan kepada "A- Chain." sementara THX
Sound System membuat penumpuan kepada "B - Chain" sistem bunyi
pawagam."B - Chain" ialah terdiri dari "customized acoustical design work" bagi
setiap auditorium, yang mengadungi antaranya satu "special screen speaker
installation", satu "proprietary electronic crossover network", dan spesifikasi
peralatan audio yang ketat juga mutu performance. Setiap kali bila sahaja
pemasangan THX Sound System siap, sistem pawagam itu akan diuji oleh
seorang jurutera THX bagi memastikan penghasilannya mancapai
sebagaimana yang ditetapkan oleh THX environmental technical criteria dan
direkomenkan oleh "industry standard" untuk mendapatkan kualiti audio -
visual semasa persembahan.
THX and Digital Sound Para technologies dalam Digital recording  seperti Digital Theatre Systems
(DTS), Dolby Digital (SR D) and Sony Dynamic Digital Sound (SDDS) telah
manghasilkan sistem bunyi yang ketara kehebatanya. Tetapi digital secara
tersendiri tidak memadai tanpa gabungan dengan lain - lain komponen seperti
THX ini. Digital recording affects hanya "encode sound information" kedalam
satu - satu filem tanpa terlibat dalam aspek lain dalam pengeluaran bunyi yang
hebat seperti yang telah dihasilkan oleh THX Sound System.
DTS (Digital Theater System)  
Dalam tahun 1993, filem cereka blockbuster Speilberg berjodol Jurassic Park
telah memperkenalkan DTS (Digital Theater Systems), lalu menukar terus
cara kita menghayati sistem bunyi pawagam dalam satu - satu movie. DTS
telah meletakkan sistemnya sebagai "digital sound format" yang menjadi
pilihan utama penonton, pembuat filem para exhibitor yang sehingga setakat
ini telah melibihi 10,000 tayangan "worldwide".
DTS Digital Surround memperkenalkan teknologi terbaik yang pernah
dihasilkan untuk menukar sistem "home theater" kepada 6 "discrete channels"
yang lebih jelas, lebih baik dari compact- disc dan performance dalam digital
audio. DTS Digital Surround juga adalah satu - satunya "5.1 surround sound
format" yang boleh memberikan pengalaman 3D (3 - dimensional) melaui cara
baru rekoding muzik ke dalam compact discs, juga dari 5.1 soundtracks filem
yang asli  kepada laserdiscs, dan akan datang kepada berbagai variety produk 
DVD. Pengeluar hardware telah mula memadukan DTS technology yang baru
Page 23 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/

Subscribe to: Posts (Atom)
Home Older Posts
Posted by Jai Hazman at 9:05 PM 0 comments
ini kepada peralatan A/V surround processors yang dikeluarkan di pasaran.
Recommend this on Google
Page 24 of 24 Serasi Ritma Entertainment 2/7/2012 http://serasiritma.blogspot.com/